Wednesday, February 15, 2012

Hanya Sekecil Api



Assalamualaikum kawan2...

Minggu ne doboot nak bercerita tentang

API

Ape itu API??? Kenape API itu panas?? macam mane nak padam kan API tu???


Ini API

Pe yang doboot nak ceritakan kat sini adalah tentang hubungan bagi pasangan-pasangan yang berniat untuk mendirikan rumahtangga...
Bagi doboot... bagi pasangan yang berniat untuk mendirikan tiang masjid ne bukan mudah... banyak dugaan yang menimpa dalam satu hubungan tu...

Apa kaitan API dengan hubungan si dara dan si teruna 2 kan... haaa... ne yang doboot nak duk cer kat korang sume...

Dalam satu hubungan si dara da teruna 2... pasti ada perselisihan faham kan... betul x?? tipu la kalo menjalinkan hubungan 2 xde perselisihan faham n x gado2 manje... Doboot sendiri pun akui sume 2 mmg terjadi dalam perhubungan si dara dan teruna... Perselisihan faham 2 la API yang doboot maksudkan...


menjadi

API yang menyala tu pada mulanya sekecil lilin jeee pun... xkisah la dari mane datangnye batu pencetus API 2... Maka, peranan si teruna mahupun si dara itu perlu untuk meniupkan API yang kecil lilin itu dengan KASIH SAYANG, KEPERCAYAAN dan saling BERTOLAK ANSUR...

Mmg API 2 pada mulanya mmg panas.. tapi disebabkan dengan adanya tiupan KEPERCAYAAN, KASIH SAYANG dan BERTOLAK ANSUR yang ditujukan pada API tu pasti tidak semarak API yang tidak mampu ditiup dan dipadamkan dengan mudah...

Apabila api kecil yg tidak mampu untuk dipadamkan dengan KEPERCAYAAN, KASIH SAYANG dan BERTOLAK ANSUR dari seorang teruna mahupun si dara, maka berlakunya API yang semarak-maraknya yang dimana masing-masing akan cuba menjauhkan diri akibat dari API yang marak tersebut...

Betul x?? mampu x korang nak dekat dengan API yang marak 2 tuk dipadamkan??? pasti tidak bukan... Korang pasti akan menelefon BOMBA tuk memadamkan API tu kan...

Korang pasti nak tau kan sape la si BOMBA yang doboot maksudkan 2 kan... soooo tgu la post yang akan datang.....

Maka sentiasa la beringat dan doboot berpesan supaya jangan bermain API yang disangka kecil itu tidak mampu untuk menjadi sebesar yang disangka......

KASIH SAYANG, KEPERCAYAAN dan BERTOLAK ANSUR kunci kepada penyelesaian masalah API tersebut...

***P/S : Jangan bermain api!!!!!

Thursday, February 9, 2012

Hidup Mati Seorang Guru...

Sepasang suami isteri sedang melalui kawasan perkuburan..
Lalu terlihat seorang pembuat batu nisan sedang membuat tapak kubur yang masih merah tanahnya… lalu si isteri bertanyakan sesuatu kepada suaminya …

Isteri : Bang… Kubur sape 2 ye???

Suami : Itu kubur arwah CIKGU *******……. Kenape syg??

Isteri : innalillahiwainnailaihirojiun… CIKGU ******* dulu baik orangnya bang… sebab dia la sy jadi seperti mana saya berdiri sekarang bang… kalo arwah CIKGU ******* xmarah, xpukul, xnasihat,xbimbing sy masa sekolah dulu… mesti sy x jadi seperti hari ini bang… teringat jasa baik arwah CIKGU ******* kepada sy bang… Bang… boleh kite singgah jap ke kubur CIKGU *******???

Suami : Boleh sayang… mari…

Isteri : Terima kasih bang…

Begitu la rentetan peristiwa sepasang suami isteri yang mengenangkan jasa dan pengorbanan guru mereka….

Cerita yang ingin DOBOOT sampaikan di sini adalah berkenaan dengan panggilan seorang guru sepanjang hidupnya. Masyarakat sekeliling memanggil seorang guru itu dengan panggilan…..

CIKGU

Betapa besarnya martabat seorang guru itu diletakkan dan disanjung oleh masyarakat sekeliling sehinggakan

HIDUP

dan

MATI

seorang guru itu masih lagi diHORMATI, diSANJUNG, diINGATI, diKENANG, dan diGELAR dengan panggilan

CIKGU

Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang sentiasa dikenang oleh anak muridnya jika tiada keIKHLASan dan keSABARan dalam mendidik anak bangsa…

DobooT mengenangkan CIKGU-CIKGU Doboot yang dahulunya banyak mengajar erti kehidupan yang bermakna seperti mana yang Doboot kecapi hari ini.. Doboot kini juga digelar seorang

CIKGU

Kepada CIKGU-CIKGU Doboot yang mendidik dan membimbing Doboot, Doboot ingin ucapkan setinggi ucapan

TERIMA KASIH CIKGU!!

Ambillah sedikit masa bertanya khabar CIKGU-CIKGU kalian walau dimana jua.... ucapkanlah TERIMA KASIH kepada CIKGU kalian kerana sekali ucapan TERIMA KASIH itu sudah cukup memadai untuk memberi satu penghargaan dan senyuman kepada CIKGU anda... Jangan lupa ucap

TERIMA KASIH CIKGU!!!!!